Keselamatan Di Tempat Kerja - Kebakaran

Written on 8:45 AM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, antara perkara penting yang perlu difikirkan adalah faktor keselamatan. Bukan sahaja pada kawasan bahaya, tetapi jika berada di dalam pejabat sekali pun, faktor keselamatan perlu dititik berat. Sebagai contoh, kemalangan yang melibatkan kebakaran. Kemalangan ini melibatkan kerosakan yang besar pada harta benda dan juga boleh membawa kepada kematian. Jadi disini saya ingin berkongsi dengan ada semua serba sedikit mengenai kebakaran dan juga penggunaan alat pemadam api semasa kecemasan. Semoa info yang dipaparkan memberi manfaat kepada kita..


Pengenalan Kepada Kelas Kebakaran


Kelas A
Api berpunca daripada pepejal kebanyakkan mengandungi bahan organan dan diekori dengan
bara seperti kayu, kertas, kain dan lain-lain.Cara pemadaman yang sesuai adalah dengan
mengunakan air semburan atau jet.

Kelas B
Kebakaran yang berpunca daripada cecair atau pepejal yang bertukar menjadi cecair seperti
minyak petrol, diesel, minyak sawit, dan cat. Cara pemadaman yang sesuai ialah dengan
menggunakan
i. Air semburan
ii. Foam
iii. Karbon dioksida
iv. Debu kering

Kelas C
Kebakaran gas atau cecair gas,karbon monoksida, seperti hydrogen, methane, propane, dan
lain-lain.Cara pemadaman yang sesuai ialah.
i. Foam
ii. Debu kering
iii. Air semburan untuk kebocoran gas.

Kelas D
Kebakaran logam seperti potesium sodium, kalsium,magnesium. Cara pemadaman yang sesuia
adalah:-
i. Gas karbon dioksida
ii. BCF (Bromo Clorodifloro Menthane)
iii. Debu kering
iv. Debu Graphite


If you enjoyed this post Subscribe to our feed

No Comment

Post a Comment