Keselamatan Di Tempat Kerja - Laman Web Informasi Mengenai Kebakaran

Written on 5:12 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai keselamatan di tempat kerja, terutamanya mengenai kebakaran anda boleh lawati laman web yang disenaraikan dibawahkan:

1. Laman rasmi  Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
      http://www.bomba.gov.my
    
Sila rujuk ke pautan Safety Information untuk mendapatkan maklumat mengenai fire safety tips,fire  extinguisher usage dan lain-lain.

2. Laman Web Fire Extinguisher 101
    http://www.fire-extinguisher101.com

Laman ini mengandungi pelbagai informasi yang menarik mengenai alat pemadam api dan juga hazad mengenai kebakaran.

Keselamatan Di Tempat Kerja- When and how to use a Fire Extingusher

Written on 4:51 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Poster ini saya dapati daripada internet. Menarik, ringkas dan padat...Jadi, saya upload untuk tatapan anda semua..


Keselamatan Di Tempat Kerja - Nota Alat Pemadam Api

Written on 5:34 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Fire Extinguisher


P/S: Notes credit to Anup Bacjracharya @ Scribd.com

Malang Tak Berbau - Kebakaran

Written on 5:06 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Kebakaran boleh membawa maut. Latihan dan kesedaran mengenai alat pemadam api dapat membantu untuk menyelamatkan nyawa.




Keselamatan Di Tempat Kerja - Video Latihan Memadam Kebakaran

Written on 4:51 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Sila rujuk video Latihan Memadam Kebakaran dibawah untuk mendapat lebih kefahaman.





P/S : Video credit to Fire Equipment Manufacturer's Association ( FEMA )

Keselamatan Di Tempat Kerja - Kaedah Memadam Kebakaran

Written on 9:16 AM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

SISTEM P.A.S.S


Kaedah yang digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberi latihan memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api.

P – Pull
Tarik / cabut pin keselamtan

A – Aim
Arahkan nozel ke arah punca api

S – Squeeze
Tekan pemegang “lever”dimana agen pemadaman akan dipancutkan keluar

S – Sweep
Layangkan nozel / hos kekiri dan ke kanan bagi menyegerakan proses pemadaman.



Teknik Memadam Api


Poster Teknik Memadam Api - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


Keselamatan Di Tempat Kerja - Jenis- jenis Alat Pemadam Api

Written on 9:06 AM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Setelah mengetahui mengenai kelas-kelas kebakaran, kita teruskan dengan jenis-jenis alat pemadam api. Alat pemadam api atau fire extinguisher adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Dibawah disenaraikan jenis-jenis alat pemadam api.

ALAT PEMADAM API JENIS AIR

Kandungan
Air Biasa – 9 Liter

Jarak Pancutan
20’ – 25’

Jangkamasa Pancutan
60 – 120 saat

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
  • Cecair yang digunakan tidak merbahaya
  • Hanya sekali digunakan
  • Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
  • Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
  • Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar


ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)

Kandungan
  • Sodium bikarbonat 97%
  • Magnesium stearote 11/2%
  • Magnesium karbonat 1%
  • Trikalsium karbonat ½%

Jarak Pancutan
15’ – 20’

Jangkamasa Pancutan
2 Minit

Penerangan
  • Mudah dan senang dikendalikan
  • Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
  • Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
  • Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
  • Hanya boleh sekli sahaja.
  • Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
  • Tidak boleh memadam api logam
  • Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku


**Perhatian
Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya.
Pemeriksaan hendaklah diperiksa setiap bulan. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong).
Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis


ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)

Kandungan
  • dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
  • Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 lbs beratnya.

Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450

Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
  • Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
  • Gasnya tidak mengalirkan elektrik
  • Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
  • Hanya sekali digunakan
  • Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
  • Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan
  • daripada 10%
  • Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
  • Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar


ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)

Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan(menyejukkan).

Kandungan
  • Terdapat 2 tabung
  • Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
  • Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)

Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’

Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.

Penerangan
  • Mudah dikendalikan
  • Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
  • Tidak terganggu daripada tiupan angin
  • Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
  • Hanya sekali digunakan
  • Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
  • Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
  • Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.


Alat pemadam api mengikut jenis dan kod warna



Contoh alat pemadam api mengikut jenis dan kod warna


Keselamatan Di Tempat Kerja - Kebakaran

Written on 8:45 AM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

Sebelum memulakan sesuatu pekerjaan, antara perkara penting yang perlu difikirkan adalah faktor keselamatan. Bukan sahaja pada kawasan bahaya, tetapi jika berada di dalam pejabat sekali pun, faktor keselamatan perlu dititik berat. Sebagai contoh, kemalangan yang melibatkan kebakaran. Kemalangan ini melibatkan kerosakan yang besar pada harta benda dan juga boleh membawa kepada kematian. Jadi disini saya ingin berkongsi dengan ada semua serba sedikit mengenai kebakaran dan juga penggunaan alat pemadam api semasa kecemasan. Semoa info yang dipaparkan memberi manfaat kepada kita..


Pengenalan Kepada Kelas Kebakaran


Kelas A
Api berpunca daripada pepejal kebanyakkan mengandungi bahan organan dan diekori dengan
bara seperti kayu, kertas, kain dan lain-lain.Cara pemadaman yang sesuai adalah dengan
mengunakan air semburan atau jet.

Kelas B
Kebakaran yang berpunca daripada cecair atau pepejal yang bertukar menjadi cecair seperti
minyak petrol, diesel, minyak sawit, dan cat. Cara pemadaman yang sesuai ialah dengan
menggunakan
i. Air semburan
ii. Foam
iii. Karbon dioksida
iv. Debu kering

Kelas C
Kebakaran gas atau cecair gas,karbon monoksida, seperti hydrogen, methane, propane, dan
lain-lain.Cara pemadaman yang sesuai ialah.
i. Foam
ii. Debu kering
iii. Air semburan untuk kebocoran gas.

Kelas D
Kebakaran logam seperti potesium sodium, kalsium,magnesium. Cara pemadaman yang sesuia
adalah:-
i. Gas karbon dioksida
ii. BCF (Bromo Clorodifloro Menthane)
iii. Debu kering
iv. Debu Graphite


Today : Knowing how to create your own blog

Written on 6:47 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani

I learn something useful today.... How to create a blog?? I'm not an IT guy but i think it's cool to explore....So, i create a blog that i can share information with all of you..So, please enjoy and hope we can learn as much as we can...