Written on 5:12 PM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani
Untuk mendapat lebih pengetahuan mengenai keselamatan di tempat kerja, terutamanya mengenai kebakaran anda boleh lawati laman web yang disenaraikan dibawahkan:
Written on 9:06 AM by Shahrul Fahmi Effandi Bin Shoabani
Setelah mengetahui mengenai kelas-kelas kebakaran, kita teruskan dengan jenis-jenis alat pemadam api. Alat pemadam api atau fire extinguisher adalah satu alat yang boleh mengawal dan memadam kebakaran pada peringkat awal. (fire aid firefighter). Ia dikendalikan secara manual dan bertujuan mengawal dan memadam kebakaran secara berkesan mengikut kelas api. Dibawah disenaraikan jenis-jenis alat pemadam api.
ALAT PEMADAM API JENIS AIR
Kandungan
Air Biasa – 9 Liter
Jarak Pancutan
20’ – 25’
Jangkamasa Pancutan
60 – 120 saat
Penerangan
Mudah dikendalikan
Boleh mengawal/memadam apai di peringkat awal
Cecair yang digunakan tidak merbahaya
Hanya sekali digunakan
Tidak sesuai memadam kebakaran alat elektrik dan logam
Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
Tidak boleh mengawal dan memadam kebakaran yang besar
ALAT PEMADAM API JENIS DEBU KERING (DRY POWDER)
Kandungan
Sodium bikarbonat 97%
Magnesium stearote 11/2%
Magnesium karbonat 1%
Trikalsium karbonat ½%
Jarak Pancutan
15’ – 20’
Jangkamasa Pancutan
2 Minit
Penerangan
Mudah dan senang dikendalikan
Boleh mengawal / memadam api kelas A,B,C dan sungguh berkesan
Pemadamannya lebih berkesan jika dibandingkan dengan alat pemadam api jenis Co2 dan BCF
Pengeluaran (pancutan) boleh dikawal di Release Handle.
Hanya boleh sekli sahaja.
Debunya mendatangkan kerosakan pada bahan-bahan tertentu seperti enjin kereta, bahan makanan dll
Tidak boleh memadam api logam
Tidak boleh diletakkan ditempat yang suhunya sejuk dan boleh membeku
**Perhatian
Penempatan alat-alat pemadaman api hendaklah diletakkan pada tempat yang boleh dilihat dan digantung supaya alat ini tidak rosak pada tabung dan juga isi kandungannya.
Pemeriksaan hendaklah diperiksa setiap bulan. Pastikan preasure guage pada tabung menunjukan kandungan penuh (hijau – penuh & merah – kosong).
Sekiranya berlaku kekurangan tekanan udara hendaklah dihantar ke agen servis
ALAT PEMADAM API JENIS GAS (Co2 & BCF)
Kandungan
dalam tabung diisi dengan Co2 dalam bentuk cecair dalam tekanan.
Mempunyai ukuran antara 2 hingga 5 lbs beratnya.
Jarak pancutan
8’ ke 12’ dan perkembangan nisbahnya ialah 1:450
Jangkamasa pancutan
8 hingga ke 30 saat
Penerangan
Mudah dikendalikan
Boleh mengawal/memadam kebakaran diperingkat awal dan berkesan
Gasnya bersih tidak membantu kebakaran
Gasnya tidak mengalirkan elektrik
Boleh menembusi tempat-tempat permukaan kecil
Hanya sekali digunakan
Keberatan silindernya tidak sepadan dengan kandungan gas, berat 5.3 kg tetapi Cuma 2.2 kg sahaja.
Kandungan gas tidak dapat dilihat dan perlu ditimbang dari masa ke semasa untuk mengelakan kekurangan
daripada 10%
Tidak sesuai memadam kebakaran api jenis A,B &D
Tidak boleh mengawal kebakaran yang sudah besar
ALAT PEMADAM API JENIS BUIH (Foam)
Sesuai untuk memadam api kelas ‘B’ dan peranannya menyelimut dan menurunkan suhu dibawah suhu nyalaan(menyejukkan).
Kandungan
Terdapat 2 tabung
Tabung dalam (Alauminium Sulphate)
Tabung luar (Sodium Bikarbonate / Stabilizer)
Jarak Pancutan
Lebih kurang 20’
Jangkamasa Pancutan
30 hingga ke 90 saat.
Penerangan
Mudah dikendalikan
Buih boleh menutup permukaan cecair dan menyekat bekalan oksigen daripada membantu kebakaran
Tidak terganggu daripada tiupan angin
Boleh mengawal dan memadam kebakaran diperingkat awal dengan berkesan.
Hanya sekali digunakan
Tidak boleh memadam kebakaran kelas A,C dan D
Sekiranya percampuran bahan kimia tidak betul, buihnya tidak dapat memadam kebakaran dengan berkesan
Tidak sesuai digunakan dengan alat memadam api jenis dry powder kerana powder akan memecahkan buih.
Alat pemadam api mengikut jenis dan kod warna
Contoh alat pemadam api mengikut jenis dan kod warna